Tell Me It's Not True...

Got this article from a friend. Sedeynyerr...I've heard it before, someone has already predicted that it's gonna be "Gajah Putih project", before Mesramall is not even on the map. Walaupun dah takde kaitan dgn Terngganu, but it really saddens me.



mesra mall : apa sudah jadi?
Dilulus terbit pada Thursday, November 20 @ 13:30:00 MYT oleh syamil


Oleh ning

"Assalamualaikum,,.. Mesra mall telah dibuka dengan rasmi selepas aidilfitri dulu dengan mendapat publisti besar dari radio THR.Menurut maklumat dari radia THR, hampir 35 ribu pengunjung menghadiri komplek membeli belah tersebut dengan program pembukaan yang cukup grand. Begitulah hebatnya pusat membeli belah yang diharapkan akan menjadi pemangkin kepada ekonomi Terengganu. Mesra Mall dikatakan diletakkan dibawah pengurusan KL suria dan dilapurkan telah mengenakan caj sewa sebanyak RM6,900.00 bagi setiap lot ruang niaga disamping lot bagi penjualan burger diberitakan disewa sebanyak RM2000.00 sebulan.Terdapat sebuah starbuck dan pusat bowling di dalamnya.Begitu juga terdapat cawangan beberapa bank beroperasi di dalamnya.

Paling menarik,pusat membeli belah mesra mall ini diampit oleh dua gergasi.Pasaraya Giant terdapat di kedua dua belah hujung mesra mall.Itulah hebatnya idea mantan MB Terengganu dulu yang meletakkan dua pasaraya Giant di pusat membeli belah mesra mall.Satu pembaharuan bagi industri peruncitan negara dan satu sejarah dicipta di Terengganu tetapi tamaddun gagal dipahat.

Sehingga sekarang,pasaraya Giant masih tidak beroperasi walaupun kelihatan sudah dipenuhi oleh barang barang jualan di kedua dua Giant tersebut.Satu kejadian yang menghairankan penduduk Terengganu sehingga kini.Malah sudah kelihatan barang barang yang dibawa masuk ke pasaraya tersebut telah dikeluarkan semula.Bangunan yang menjadi premis Giant mula kelihatan kosong semula setelah ianya dipenuhi.

Kini banyak persoalan ditanya oleh penduduk tentang apa sebenarnya berlaku.Sesudah sekian lama,timbul berita angin yang menyebut bahawa MB sekarang,si Mat Said tidak meluluskan operasi Giant di mesra mall tetapi sebaliknya mahu Giant dibuka dibandar baru Kijal yang masih dalam pembinaan. Samaada benar atau tidak belum dapat disahkan, tetapi yang pasti dua Giant yang ada di mesra mall tidak dapat beroperasi dan ruang niaga yang besar disediakan untuknya tinggal kosong.

Kekosongan pasaraya Giant mengakibatkan pengunjung mesra mall juga berkurangan dengan banyaknya.malah jauh berkurangan dari hari pembukaan dulu.Situasi ini banyak menimbulkan persoalan terutama bagaimana penyewa penyewa hendak membayar sewa bulanan sebanyak RM6,900-.00 itu?Ada kemungkinan peniaga yang menyewa mengalami kerugian kerana sewa yang terlalu tinggi sedangkan jualan yang rendah dan akhirnya mungkin terpaksa menutup kedai mereka. kalau ini berlaku, mesra mall akan tinggal nama sahaja.

Mesra mall yang diberitakan dibina oleh petronas dan menelan belanja yang besar mungkin akan jadi gajah putih.Itulah sejarah yang dipahat di Terengganu menerusi usaha mantan MB tetapi tamaddun gagal dipahat bilamana mesra mall akan tinggal nama dan bangunannya akan menjadi gajah putih sementara berjuta atau mungkin juga billion duit yang boleh diagihkan kepada rakyat hasil keuntungan petronas hilang kedalam poket kroni ketam angin. "

Comments

Popular Posts